Thursday, March 30, 2017

Klezcar - JPJ: Bola Sepak Menyatukan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Pada pertengahan bulan yang lalu, telah berlangsungnya perlawanan persahabatan bola sepak antara team Klezcar dan team JPJ. Hari-hari menghadap kereta je kan, seronok juga sekali-sekala dapat berpeluang melaksanakan aktiviti riadah dan sukan seperti ini. :)

 
Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium BSN Bangi ini memberikan keputusan akhir seri 2-2. Walaupun team JPJ berjaya memenangi pusingan first half, team Klezcar pastinya tidak terus mengaku kalah dan akhirnya kami berjaya mengejar semula dan menyamakan kedudukan 2-2 itu pada pusingan akhir. 
Memang tidak dapat dinafikan aktiviti sukan membawa banyak pengajaran dalam kehidupan kita. Ia juga menjadi faktor perpaduan di negara kita ini, Malaysia. Lebih-lebih lagi bola sepak. Ia dapat memupuk integrasi sosial, sikap saling menghormati, toleransi dan sikap tidak mementingkan diri sendiri tidak kiralah untuk individu, kumpulan mahupun organisasi.
Semoga akan ada lebih banyak aktiviti yang dapat dijalankan dengan lebih ramai pihak di masa akan datang. Ada mana-mana team nak cuba berlawan dengan team Klezcar ke? Hehe.. Terima kasih semua yang terlibat dalam aktiviti ini. Insyaallah pada masa akan datang kita jumpa lagi.

Untuk tempahan kereta sewa pelbagai jenis hubungi kami:

 Kereta Sewa Shah Alam
013-918 8282

www.klezcar.com
1300-88-4040 (Hotline 24 jam)

No comments:

Post a Comment